Pages

Tuesday, 12 June 2012

DAY 1


Pulau pandan Jauh ke tengah..
Gunung Daik bercabang tiga...
Hancur badan di kandung tanah...
Budi yang baik di kenang jua..

Kerana rindukan bulan, di pungguk jua tempat menunggu...
Setelah rehat berbulan-bulan, di UiA jua kita bertemu...

Aduhai...berpuitis pula..hari ni hari pertama kami kembali untuk menghabiskan perjuangan untuk mendapatkan diploma pendidikan di sini. Salah satu subjek yang perlu kami pelajari ialah subjek EDT 5303 "Technology in Education". Jadi, antara tugasan yang perlu kami buat adalah membina blog. Maka wujudlah sebuah blog yang kami namakan Mathematica Magistar ( mathematicamagistar.blospot.com )

Macam mana wujud nama Mathematica Magistar??? Asalnya kami mahu namakan guru matematik sahaja...tapi kami ubah ke dalam bahasa Latin supaya lebih sedap bunyinya. Emmm...sedap ke??

Pemilik blog ni terdiri daripada 2 orang. Seorang kecil molek sahaja namanya Zuraifah bt Husin.. Nampak bersahaja tapi sebenarnya dia baik orangnya. Seorang lagi tak lah kecil sangat, namanya Nur Amalina bt Zainal, panggil Amal. Hobinya suka tengok kereta cantik-cantik.

Pada hari pertama ni lah kami belajar buat blog walaupun dah tahu asas sikit-sikit, tapi kami tak . Paling seronok sekali kami suka pula belajar dengan pensyarah yang bermuka suci ala-ala beriman, En. Mohd Azrul Azlen bin Abdul Hamid sebab cara penyampaian nya santai sahaja, jadi mudah untuk faham.

Untuk pertama kalinya, beliau memperkenalkan web interaktif iaitu myenglish.cel-pad.com. Jadi, melalui web ini lah pelbagai nota dan hebahan akan di sebarkan, juga  tak ketinggalan jika ada tugasan, web ni lah yang akan menjadi saksi dan perantara.





No comments:

Post a Comment